Mulanya
Assalamualaikum W.B.T,
Permulaan blog ini adalah mengenai penulisanku mengenai minimalis, yang mempunyai banyak tafsiran sama ada melalui senibina, fesyen, muzik mahupun apa jua olahan kepada perkataan ini tetapi akhirnya mempunyai makna yang sama iaitu memudahkan segala suatu yang selama ini sukar.
Bukanlah untuk mengejar berapa banyak like dan comment yang ada, tapi lebih kepada untuk melihat seberapa jauh pemahamanku mengenai konsep yang boleh dikatakan agak baru di Malaysia ini. Perolehan maklumat melalui pembacaan dan menonton dokumentari kadang-kadang hanya menjadi halwa telinga atau penyedap sahaja, tetapi untuk memahaminya dengan lebih lanjut lagi memerlukan kepada suatu pengolahan seterusnya iaitu perckapan semula tentang topik ini atau melalui tulisan. Seperti yang bakal aku lakukan ini.
Comments
Post a Comment