Mimimalis pada ringkasnya
Kebanyakan orang agak trauma mahupun takut-takut jika istilah minimalis digunapakai di dalam mana-mana wadah perbincangan terutamanya yang bersangkut-paut dengan kehidupan seharian. Minimalis sering digembar-gemburkan sebagai corak hidup yang ekslusif dan mahal kerana barangan ataupun perabot berkonsepkan minimalis sahaja mampu mencecah harga yang tak masuk akal. Hairan bila difikirkan logik, semakin ringkas dan mudah sesuatu rekabentuk, semakin mahal pula harganyakan? pernah kita terfikir begitu?
Lumrah manusia lebih kepada mementingkan persepsi sendiri daripada mengetahui akan kebenaran sesuatu hal. Minimalis bukanlah semata-mata konsep yang mementingkan kepada berapa mahalnya sesuatu barangan fesyen mahupun perabot rumah. Tapi minimalis merupakan cara hidup, yang lebih mementingkan gaya hidup yang sederhana. Namun mengutamakan hal-hal penting di dalam kehidupan sebagai contohnya keluarga, hubungan persahabatan, hubungan sosial yang mudah yang mana semua ini secara automatiknya akan membawa kepada suatu kenikmatan, iaitu kebahagiaan.
Arus kemodenan zaman sekarang memberikan kayu ukur kepada seseorang betapa pentingnya untuk sentiasa di aras yang sama dengan kemajuan. Fesyen apa yang menjadi trend, telefon yang canggih, kereta yang mewah dan mahal, serta gaya hidup berbelanja yang tinggi. Semua ini secara tidak disedari telah meragut kebahagiaan yang sebenar daripada seseorang iaitu diri sebenar seseorang itu. Aku tidak akan membebel lebih lanjut kerana tajuk dan blog yang aku tulis ini sendiri pun mengenai minimalis, gaya hidup yang ringkas. Jadi setakat itu dahulu untuk hari ini.
Nantikan posting yang lain untuk mengetahui apa lagi yang dinamakan MINIMALIS.
Comments
Post a Comment