Kembali pada fitrah
Pernah suatu waktu apabila kita terasa bebanan yang ditanggung selama ini begitu berat sekali, sampai kan tidak terdaya untuk bangun semula, apatah lagi bangun untuk melawan. Disebabkan kesibukan yang melanda oleh pekerjaan seharian, tekanan di dalam kehidupan dan sebagainya. Apa mungkin kita mampu bangun sedangkan beban itu masih lagi berada di bahu kita. Bukan aku maksudkan disini untuk membuang segala bebanan itu sejauhnya sehingga hilang menjadi kosong, tetapi menguruskannya. Dengan gaya seorang minimalis.
Bagaimana mungkin suatu konsep yang dinamakan gaya hidup mampu menghilangkan segala bebanan, resah, gelisah dan bimbang yang bersarang di hati seseorang yang bernama manusia?
Kita lihat dari satu sudut contoh yang lain iaitu sebuah komputer riba.
Komputer riba dicipta bagi memudahkan segala keperluan manusia bukan? Segala macam perisian yang berkebolehan melakukan pelbagai tugas dan keperluan dapat dilakukan di dalam masa yang singkat, malahan secara tepat dan efisien pada satu-satu masa. Namun seberapa canggih komputer riba itu pun melakukan tugasan yang telah di "key-in" oleh penggunanya, akan ada suatu waktu ia akan mengalami "hang" juga walaupun secara sementara. Kerana terlalu banyak yang perlu diproses sehinggakan ia tidak dapat memenuhi keperluan tugasan yang telah tersedia.
Jadi, apakan tindakan terbaik apabila komputer riba kita di "mode" tersebut? Sudah tentu langkah yang paling efektif sekiranya tidak dibuang ke dalam tong sampah kerana semakin rosak dihentam oleh pemilik yang sudah mula marah akan kerjanya yang belum siap, adalah "reset" ia semula kan? Selepas pada itu, barulah komputer tersebut dapat digunakan semula dengan sebaiknya selepas ia direhatkan seberapa ketika, paling tidak pun beberapa perisian dibuang dan ditambah semula mengikut keperluan yang sesuai dengan spesifikasi komputer riba tersebut.
Diharapkan contoh ini serba sedikit dapat memberi sedikit jawapan kepada yang mungkin mempunyai persoalan akan tajuk yang telah aku tetapkan di atas. Tidak banyak, tetapi aku lebih gemar memberikan jawapan dengan cara diri berfikir mengenai persoalan-persoalan yang ada. Dengan cara yang tersebut adalah kerana, jawapan pada setiap orang adalah terlalu subjektif sesuai dengan keperluannya yang berbeza-beza dari tiap insan.
Comments
Post a Comment