Skip to main content

Posts

Featured

Bagaimana Kehidupan Minimalis?

Anda hanya boleh lalui kehidupan seharian dengan seminimum mungkin. Dalam erti kata lain anda hanya perlukan kurang daripada 100 barangan di dalam hidup, jika lagi kurang seperti 70 lebih bagus, 50 lagilah bagus. Ok, aku bergurau. Memang susah nak buatkan kalau nak hidup dengan seminima mungkin di zaman sekarang walaupun ada yang dah berjaya melakukannya dan mereka-mereka ini lebih dikenali sebagai minimalis ekstrim. Bukanlah semudah yang dijangkakan walaupun ia bukanlah satu sekatan  kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Ianya suatu kebebasan kepada sesiapa sahaja yang mengimpikan kehidupan seminima mungkin tetapi itu bukanlah tujuan utama. Tujuan utama di dalam kehidupan seorang minimalis tidak lain tidak bukan adalah untuk menghindarkan apa yang tidak perlu di dalam kehidupan. Banyak kluster yang boleh dibincangkan mengenai apa yang tidak perlu ini. Dari masa ke semasa, aku akan cuba mengupas sedikit demi sedikit mengenai kluster-kluster yang sebenarnya anda sem...

Latest Posts

Kembali pada fitrah

Mimimalis pada ringkasnya

Mulanya